~Aktiviti time cuti~
(9 January 2013)
Ha, nak tau pe aktiviti kitorang pada tarikh 9/1 ni? Hari rabu kot.. haha org lain sibuk keje, kitorang lak dpt cuti.. pe lagi, mestila de aktiviti yg cam besh ar tuk dilakukan.. haha
kitorang dh lama gak plan nak wat aktiviti ni.. mula2 Dell tanya aku pasal Broga katne.. aku ckp ar Broga tu dekat je ngan kampus si Luqman tu.. pastu timbul la idea yang agak bernas tuk meng'explore' n mendaki bukit berkenaan.. Mulanya aku, Ustazah n Dell je yg cam 'on' tuk wat aktiviti nih..
Pastu kitorang mengusha member2 lain mne tau diorang nak layan idea kitorang ni.. Wani, Mek, Kak Yong, Ak n princess pun memberi respon yg baek tuk join.. hehe
Seronot sangat sbb dpt feedback yg baik dari diorang.. Kitorang pun memulakan plan yg seterusnya.. De gak kitorang ajak dak2 laki.. tp diorang xsupporting ar.. Abg Long ckp baik duk umah tido je.. Bad n Luqman lak cam xberminat je.. maybe sbb majoriti kitorang ni kaum hawa kot.. haha
Tapi tu sume xmematahkan semangat kitorang tuk menjalankan aktiviti ni.. ( Walaupun aku tgh injured time tu.. bertahan!! adeh ;( )Kitorang plan bertolak kul 4.00 am ( sebelum subuh sbb Dell nak tgk sunrise!! haha) dari Tesco..
Tiba harinye, aku ingat lg time tu aku bgn agak awal (mmg awal dr bese pun.. haha) kul 3 am aku dah bgn.. kul 3.30 am aku dh dpt mesej dr ustazah.. semangat tol!! haha
Aku kuar rmh kul 4 am.. (walaupun menerima amaran supaya bertolak awal n jumpa kul 4 am kat tesco)
Dlm kul 4.30 am aku sampai tesco.. de 2 biji kete tgh park dlm garisan (onyomat gest go! hehe) diorang sume dah siap menunggu aku.. (tggu co-pilot smpai ngan muka yang agak bengang gak la) ~sorry~ "maafkan saya"
Aku pun park kete pastu terus lompat masuk kete Ustazah dgn muka selambe je.. hehe
Bismillah.. kitorang pun mulakan perjalanan setelah doa dibacakan...
Ni ar route yg aku bg kat diorang..
Ni je route yg paling dekat aku penah try time jd student dlu.. aku bese gak ulang alik ikut jalan ni sbb nak amik adik aku study kat beranang n kolej aku kat mantin..
Kitorang sampai kat Petronas bandar Semenyih tu dlm 5.15 kot.. kitorang sampai agak awal dari perancangan.. kitorang solat subuh dlu kat Petronas tu sebelum masuk broga..
Sampai kat Broga dlm kul 6 am.. seb baik Kak Yong de bwk torch light dpt gak la menyuluh jalan yg agak gelap di kawasan kaki bukit Broga tu.. Alhamdulillah time kitorang g tu xbyk sgt kete.. boleh kira ngan tangan je.. maybe sbb time tu hari bekerja.. Last aku g dlu kena park kat luar kawasan.. dekat ngan taman arnab.. huhu
Ni kira first time gak la aku panjat Broga ni awal pg.. teragak agak jgk la aku cari jalan nak ke kaki bukit tu.. (selalu cerah je.. hehe) Mula2 mmg aku jd leader kat depan.. tp sampai je kat route tuk start daki tu aku dah rasa laen macam je.. kecederaan aku mula terasa.. huhu
Aku slow down sket, suruh diorang jalan dlu (cover line).. tp Dell cam leh tau aku ngah tahan sakit, die pun suruh yg lain jalan dulu n die tggu aku.. serba salah ar plak kan aku biar Dell tggu aku sbb die beriya nak tgk sunrise kat atas tu.. Aku pun suruh ar die jalan dlu sbb aku dah penah naik.. tau dah selok belok kawasan tu (nak sedapkan hati Dell.. haha) Time tu mmg xdpt nak gambarkan camne perasaan aku.. ~rasa bersalah sbb xdpt join diorang sampai atas + sakit yg tiba2 terasa sakit sgt!! n yg paling penting melambatkan perjalanan Dell tuk tgk sunrise!! huh~
Time aku nak turun tu de sekumpulan international student dari Nottingham de la dlm 5 org.. salah sorang dari berlima tu terjatuh dlm lubang kat track tu.. Aku pun tolong ar girl tu.. Diorang dari pakistan.. Aku pimpin die sampai bwh sbb kawan2 yg lain nak daki sampai puncak sebelum sunrise (kes cam Dell la ni).. Teruk gak la keadaan lutut die.. merah.. takut den tgk an.. seb baik de mamat india yg jaga track masuk tu de motor.. die ar yg tolong bwk dak tu lik Nottingham.. Aku lak ditugaskan tuk jaga laluan track tu.. (servis bertukar tangan!) huhu Time aku ngah duk kat gerai jual air kelape tu ar aku terasa sakit lik ( time tolong dak td tu elok je.. ) Ramai gak la yg hampir tersesat sbb keadaan gelap kat kawasan tu..
Time aku nak turun tu de sekumpulan international student dari Nottingham de la dlm 5 org.. salah sorang dari berlima tu terjatuh dlm lubang kat track tu.. Aku pun tolong ar girl tu.. Diorang dari pakistan.. Aku pimpin die sampai bwh sbb kawan2 yg lain nak daki sampai puncak sebelum sunrise (kes cam Dell la ni).. Teruk gak la keadaan lutut die.. merah.. takut den tgk an.. seb baik de mamat india yg jaga track masuk tu de motor.. die ar yg tolong bwk dak tu lik Nottingham.. Aku lak ditugaskan tuk jaga laluan track tu.. (servis bertukar tangan!) huhu Time aku ngah duk kat gerai jual air kelape tu ar aku terasa sakit lik ( time tolong dak td tu elok je.. ) Ramai gak la yg hampir tersesat sbb keadaan gelap kat kawasan tu..
Ni ar gambar yg sempat aku amik kat kaki bukit Broga sementara tggu diorang turun..
Sementara tu, di atas sana....
~Pemandangan dari Bukit Broga (Dah lepas sunrise dah ni..)~
~Peace Y'all!! Wanie ngah cari AK kot.. ~
~Akhirnya, sume bergabung, meletop!! haha~ udah2 la tu wei, org lain sume dah turun dh.. haha
Seronok nyer.. huhu
Tahniah kepada sume (Ustazah, Kak Yong, Mek, Wanie, Dell, Princess n Ak) kerana telah berjaya menakluki Bukit Broga selama 51 minit (ikut time aku set dari korang naik sampai Dell roger korang dah sampai)..
Lepas penat mendaki, kitorang meneruskan perjalanan kitorang ke satu lagi lokasi yg agak menarik tuk dikunjugi kat hulu langat nih.. Gabai
Kalo ikut perancangan awal kitorang, kitorang budget sekejap je perjalanan dari Broga ke Gabai ni.. ikut jalan tuk ke empangan semenyih.. Tp kita hanya mampu merancang, kuasa Allah S.W.T lagi maha hebat menentukan.. Pada hari tu jalan tu ditutup disebabkan air kat empangan semenyih tu naik dan membanjiri kawasan di sekitarnya..
Kitorang sempat sampai ke Hutan Rekreasi Tekala je.. Sampai situ je jalan yang dibuka..
Lps puas mek gambar (peace y'all) kat situ kitorang nak teruskan perjalanan, tp de sorang bro ni gtau yg jalan ditutup.. kete diorang yang 4WD tu pun xlepas, pe plak kitorang.. huhu
Ngan pasrah n hampa kitorang pun patah la blik ke Bandar Semenyih tuk ikut jalan lain plak.. (apply initiative.. ~,^)
Bila pikir blik kan nape ek kitorang x explore je Sungai Tekala tu je?.. erm, maybe sbb nk ikut perancangan awal kot.. (focus!-Gabai ~ Kak Yong nak nyanyi lagu Sungai Lui kat sana.. haha)
Lagi satu sebab bila tanya pendapat n pandangan dak2 ni diorang sentiasa memberikan jawapan yang akan membuatkan orang yang bertanya tu kena pikir blik (reconsider) ~Kitorang x kesah, kitorang ikut je~
Ha, ni la route yg sebenarnya kalo ikut perancangan awal...
Ni plak initiative yg kitorang apply tuk capai objektif.. Memang pusing blik ar nak cari Gabai tu..
Aku kesian gak la ngan Ustazah n Wanie sbb kena drive jauh kot.. dah la ngan penat mendaki nye.. ~ ish3.. cian diorang~ Tp aku salute ar kat diorang nih.. walaupun kepenatan, tetap ceria je layan karenah kitorang.. Thanks beb!
Oleh kerana jalan yang baru di plan ni berada di kawasan cheras, Dell plak amik alih peranan co-pilot.. Aku dah mmg surrender ar time tu. (sakit kot!! aarrrggghhhh!!)
amik masa hampir sejam gak la perjalanan tuk ke destinasi ni..
Cantik kan kawasan air terjun ni.. SubhanAllah..
Pe lagi aktiviti yang menarik tuk dijadikan kenangan kan.. Bergambo le kite.. haha
Ni la barisan adik2 saya yang supporting tuk posing sambil wat muka cute (cute ke? hehe bak kata lisa surihani "koghang ni cute la, comel sangat!!" haha)
aku dah tolong promote nih, jgn lupa bunjer.. haha ^,~
Lepas puas mandi mando n bergambo, kitorang pun meneruskan perjalanan tuk pulang ke Tesco.. sebenarnye la de lg satu aktiviti yg aku n Wanie plan nak wat.. puas gak la kitorang cover line pasal benda nih.. Mula2 budget nak singgah mne2 makan tgh hari.. (lapo blik lepas makan sandwich n kudapan yang dibawa) Last2 kitorang makan kat Tesco je.. haha.. Sampai je kat Tesco, kitorang g ar cari port yg besh tuk makan bersama.. Lepas sume dah selesai makan, kitorang pun mulakan rancangan yang di plan baek tu..
Jeng jeng jeng.....
Dan suspek utama kes ini..
Ni la 3 b'day girl (Ustazah, Dell n Princess) yang sempat gak la kitorang celebr8 pada hari itu..
Thanks to Wanie for the cake.. (~,^)
Alhamdulillah sume yg kitorang plan dpt di accomplished walaupun tak 100% mengikut perancangan..
~maafkan saya~ kerana tidak dapat join skali byk aktiviti ngan korang time tu, rasa bersalah sgt.. huhu
InsyaAllah de rezeki n masa yang mengizinkan, kita leh la wat gathering xpun reunion lps ni.. Thanks for all the precious time and the sweet memories that we had together.. it's Priceless.. (~,^)
P/s: Korang rerajin ar post kat sini.. cam xbest je aku je yg membebel kat sini.. haha









No comments:
Post a Comment