Monday, 11 March 2013

~World's Women Day~

~8 March 2013~


Tarikh ni jatuh pada hari jumaat dan pe yg best nyer tarikh ni merupakan tarikh sambutan World's Women Day.. dan kebetulan pula tarikh ni pun another off day tuk kitorang sebelum berakhirnya sesi class training kat SHRDC ni.. sbb next week kitorang last kat sini.. start tuk OJT lak pastu..

Bese ar kalo dah last2 ni masing2 busy mencari lubang2 kije yang de tuk menempatkan diri memasing.. paling x pun, tempat tuk OJT.. erm, tension gak la sebenarnya.. 
Sepanjang minggu ni ramai gak la yang MIA kat kelas ni.. Masing2 sibuk ngan interbiu kot.. ~at least de gak pengalaman tuk ditimba sepanjang sesi interbiu tu walaupun kekadang wat kita frust ngan result nyer~.. huhu

Kalo ikutkan jadual, kitorang de kelas lagi ngan CSL ni.. Oleh kerana CSL x available hari ni (8/3) dan kejayaan ahli majlis Q3D (Luqman, Abg Long, Bad, Dell, Ustazah, Jiha, AK, Kak Ngah and Wanie) yang berjaya men'settle'kan project yg diberi ngan pantas dan efficient, kitorang diberi off day.. bermulalah kronologi cerita yang agak menarik gak la tuk dikongsi bersama..



Citer nye start ngan satu baucer yang Princess bagi kat aku ritu (dapat time gi karnival karangkraf).. Baucer discount tiket tuk 6 orang ke Gambang.. valid till 31/03/2013..  Aku pun bertanya gak la pendapatan diorang tuk baucer nih.. Diorang kata "nnti kita plan ek kalo elaun dah masyuk.." hehe

Seminggu pastu, aku ingat gi time tu aku ngah berusaha tuk siapkan project yg diberi (byk gak la yang aku x wat n kena catch up ngan kelajuan diorang.. huhu).. time tu lunch hour.. aku tekadkan diri tuk settle mne yang mampu.. sbb kalo xsempat siap, kena datang tuk hari ni.. aku pun mintak tlg kat Ak memandangkan beliau je yg available time tu.. huhu
Time ngah layan wat, tetiba aku dpt mesej dari Dell, aku cam pelik gak la sbb dier baru kuar kot... dari mesej beliau la kitorang decide tuk menge'plan' aktivtiti ini..haha
Habis je kelas, kitorang bincang lik pasal aktiviti ni.. mula2 bincang nak gi Gambang dan memanfaatkan baucer tu.. rupanye, Princess dah gi dah.. pastu beliau mencadangkan Tambun.. Wanie pun terus tanya pakcik Google kedudukan Tambun n Gambang ni.. Pastu kitorang decide tuk explore air terjun je memandangkan perjalanan tuk ke Tambun tu cam de banyak tempat menarik gak la tuk di 'explore'.. kitorang plan nak try gi Lata Isknadar je.. Pastu aku teringat Wanie penah ckp nak try test drive kete kesanyangan beliau di Cameron Highland.. Memandangkan route tuk ke Lata Iskandar tu half way tuk ke Cameron, aku pun saje je ar mention Cameron kat Wanie.. pastu yang lain pun cam tertarik gak la tuk menjoin kan diri.. Lambat gak la kitorang lik ptg tu..

Tibanye D'Day yang dijanjikan.. kitorang berkumpul kat Tesco dalam kul 8.30 am (lagi awal dari jam ofis kelas kitorang.. hehe..) lepas sume ahli rombongan tiba, kitorang gerak dlm kul 8.45 am.. 


Kalo ikut estimated time yang pakcik Google ni kirakan, perjalanan kitorang amik masa dalam 2 jam.. (171 km).. erm.. makin jauh lak kitorang merantau.. huhu
Pe yang best kitorang merantau 3 negeri sepanjang perjalanan ni (in one day).. (~,^)
Dalam trip ni aku join Dell, Ustazah n Kak Ngah.. Wanie lak de Princess, Ak n Mek.. Di awal perjalanan memang kitorang berkonvoi.. tapi bila dah masuk jalan lurus yg lebar n luas ni, memasing membawa hadlaju memasing.. huhu
Sepanjang perjalanan aku banyak gak la chat ngan Dell (posisi : co-pilot).. at least dpt gak la menemani beliau drive.. boring kot.. jauh tu perjalanan kitorang.. huhu (Ustazah jadi perantara antara kitorang ngan Wanie, Kak Ngah plak layan perasaan sendiri kot..  haha)
Rajin gak la Ustazah mengupdate kedudukan kitorang ngan Wanie n the gang ~jauh gak la perbezaan jarak antara kitorang~.. Oleh kerana menyedari perbezaan itu, kitorang pun singgah jap kat RnR Tapah..

Sempat gak la kitorang layan coolblog sambil menunggu ketibaan Wanie n the gang.. huhu

Bila Wanie roger je kedudukan diorang dah hampir ngan Tapah, kitorang pun meneruskan perjalanan.. kitorang deal tuk jumpa kat plaza tol Tapah..
Sampai je kitorang lak suruh Wanie tuk jadi pilot sebab Princess berada di posisi co-pilot (cam xde kena-mengena,kan?? haha..)
kitorang pun meneruskan pendakian tuk sampai ke Lata Iskandar (sebenarnya aku salah faham ngan kedudukan Lata Iskandar n Lata Kijang.. ~konpius gegirl~ haha)
Sepanjang perjalanan ni, aku banyak borak2 ngan Dell sambil layan lagu sebab lps kejadian lalu, aku cam fobia ar tengok selekoh jalan yg agak tajam ni.. (tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula selekoh di Cameron Highland.. huh!) (>.<)
Banyak gak la aku terdiam kalo de selekoh.. (aku yakin tiada yang pasan keadaan itu pada ketika itu.. haha!)


Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam kot tuk kitorang sampai ke Lata Iskandar ni..


Ni la die destinasi utama kitorang tuk trip kali ni.. cantik,kan tempat ni.. Subhana Allah..
Aktiviti pertama yang kitorang wat bila jejak kaki kat tempat ni ialah...

Bergambo ar.. pe agi.. haha (~,^)

Kitorang sampai dalam kul 11 am.. misi: mencari port tuk lepak n meneruskan aktiviti seterusnya ~mandi time~ haha
Oleh kerana kat kawasan bawah ni cam terbuka sangat ngan keadaan sekeliling yang sentiasa dipenuhi pelancong yang suka bergambo cam kitorang (cam retis la plak kalo lepak kat sini,kan.. haha), kitorang pun sepakat tuk mendaki tangga yang de tuk naik ke level atas sket dari tempat ni.. Alhamdulillah sbb time kitorang sampai tempat ni xramai sangat orang.. so, line clear ar nak cari port kat atas tu..


Akhirnya sampai gak ke port baru kitorang.. penat gak la panjat tangga nak ke sini.. huhu
Lepas memasing menempatkan barang2 peribadi di tempat yang selamat, jeng jeng jeng..........


hahaha.. Bismillah.. kita makan dolu!! 
Sebelum terjun kat air terjun tu, kitorang elek jap sambil menikmati bekalan yang dibawa..
perut pun leh tahan lapar gak la time tu.. ye ar jauh gak perjalanan kitorang..
Time ngah makan tu, de gak omputih yang sesat sampai ke port kitorang.. diorang nak amik gambo lertew.. haha.. lama gak la diorang bergambo sambil menikmati pemandangan yang cantik dari atas ni..

Lepas je diorang turun, kitorang pun terjun ar.. pe agi,kan.. muahahaha..
Lama gak la kitorang berendam, berenang sambil menyelam air terjun tu.. hehe
Port yang kitorang jumpa ni memang menarik gak la.. sebab de batu yang menghalang orang bawah tuk lihat aktiviti kitorang kat sini.. privacy gak la..

Setelah puas berendam kitorang naik la gak.. perut dah lapar blik time tu.. haha
Time makan tengah hari tu kitorang sempat gak la bincang destinasi seterusnya.. Oleh kerana Ustazah duk suke na nengok rerama kat kawasan air terjun tu, kitorang pun decide nak gi taman rerama kat Cameron tu.. Princess lak bagi cadangan nak minum petang kat ladang teh sambil menari hindustan kat ladang teh tu.. haha
Kitorang sambung makan n bersiap pe yang patut pastu aku terpasan yang aku cam lupa mne kedudukan phone aku.. cuak jap ar.. puas gak ar aku cari kat tempat2 yang berkemungkinan.. tp xde.. huh!
nak misscall, xde line pulak kat atas tu.. pastu Mek datang kat aku suruh check beg.. aku ngan kondifen ckp xde sbb dah byk kali gak la selongkar beg tu.. tetiba, de plak kat poket depan.. haha..
macih ar kat Mek.. kalo x, mau senyap sunyi aku.. haha
Sebelum turun tu Dell suruh amik wudu' kat atas tu.. dah zohor dah time tu.. kat bawah de surau.. sebelum gerak leh la solat dlu.. Lepas letak barang2 dalam kete, kitorang terus gi surau..

Sebelum memulakan perjalanan ke Tanah Rata, kitorang sempat gak la jalan2 kat gerai2 cenderahati kat tepi jalan kawasan tu.. Sempat gak la kitorang membeli buah tangan tuk member2 kitorang yang x dpt join..


Oleh kerana perjalanan masih jauh lagi n keadaan jalan masih lagi mempunyai banyak selekoh, aku tukar tempat ngan Ustazah.. Die pun cam penin duk belakang.. So, aku lepak ngan Kak Ngah kat belakang.. huhu
Kitorang meneruskan perjalanan menuju ke destinasi seterusnya - Taman Rama-Rama -

Walaupun matahari agak terik gak la time tu tp sejuk je angin Cameron ni.. Oleh kerana kitorang ni baru je nak mengenali jalan kat situ, kitorang follow je kete kat depan kitorang.. De gak lori2 n kete yang laju sambil elek je memotong kat selekoh (amik tang corner tuh!).. maybe diorang dah bese ngan keadaan jalan kat situ kot.. huhu

Tak bape lama pastu kitorang sampai kat Ringlet.. Kitorang wat pit stop jap kat petronas..
Pastu, on the way nak ke Tanah Rata tu, de plak roadblock yang bleh tahan lama gak la..


Ingatkan de penggambaran filem Transformer kat situ.. haha! Lama gak la jalan tu kena block sampai orang kat kete2 yg kat blakang kitorang leh kuar kete sambil isap rokok dlu,kan.. seb baik xde kedai kopi kat situ.. kalo x, dah leh open game dam haji kat situ.. huhu

Bila jalan dah clear, kitorang meneruskan perjalanan yg masih de 12km lg nak sampai Tanah Rata n 16km lg ke Brinchang..


Episode 2



2 comments:

  1. wohoooo..syok betol korg.tq souvenir seharian di Latta Iskandar =).

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni baru muqhadimmah je.. de lg part yg besh..
      rajin xsampai agi ar nak ngarang.. (~,^)

      Delete